Simptom Si Housewife pada Si Pengganggur
Gambar pinjam Mr.Google |
Salam kepada Si penganggur yang terhormat,
(Yang bekerja pon salam juga~~~)
Korang pernah tak rasa macam nak marah sebab penat duduk rumah??? Lepas tue nak marah kat semua orang???
Penat buat kerja rumah seperti mengemas, mop, basuh and sidai baju, basuh pinggan mangkuk yang ada ajer biar baru seminit tadi basuh? dll.
Ini bermaksud korang dah kena Housewife's symptom (menurut aku lar...)
Bini Mr. Google tengah marah |
Sebab nyer senang, korang rasa tak dihargai dan ada mild depression. Lebih - lebih lagi dorang tak nak tolong langsung sebab dorang rasa ko tak kerja dan banyak masa nak mengemas rumah!!! Dahlah tak dapat duit pastue siap kutuk lagi!!!
Ayat seperti ini mesti famous ;-
"Dah tak kerja, duduk rumah. Kemas lar rumah!!!"
Kalau korang alami situasi ini. Aku boleh cakap sabarlah duhai hati. Aku nih kira bernasib baik sebab bapak aku mampu nak bayar aku sebab aku buat kerja rumah ganti bibik harian yang datang rumah kitaorang. Walaupun, RM20 per week (RM80 per month). Aku still bersyukur dan boleh menyimpan.
Sebab?
Kalo aku shopping bapak aku still bayor and dia tolong bayarkan aku punya ASB. Thank you father!!! Okay, aku dah nak nangis~~~
Kalo kira - kira tak cukup RM1500?? Mungkin lebih? Kurang pon boleh jugak... Aku bukan shopaholic sangat. Lalalaa~~~
Kalau ikot cadangan pak menteri suruh belia menceburi bidang 3D (Dirty, Dangerous and Difficult). Aku dah lama menceburi bidang tue kat rumah aku nih dengan menjadi seorang bibik (dirty) and driver (difficult - bapak aku seorng yang cerewet dan tidak menyokong pemanduan yang tidak berhemah seperti tidak mengikut speed dan signal tapi taklah difficult sangat...).
Cadangan pak menteri itu memang betul untuk mencabar belia tapi biar dengan cara yang betul seperti naikkan harga gaji minima RM1500 terutama kerja 3D barulah orang macam aku (si pengganggur) nak kerja.
Ini tak, yang duduk aircon dapat gaji RM2500 (memang lar dia guna akal yang banyak, itu aku tak mahu kacau). Si berpeluh ketiak dapat bawah RM900. Cuba bayangkan??? Dia juga nak lar lebih sikit gaji dan insurance sesuai dengan kerja 3D dia.
Lagi satu, pastikan majikan ambik warga tempatan dan hadkan bilangan pekerja warga asing yang boleh bekerja di suatu tempat kerja. Dengan cara ini, takdelah pekerja asing nak kerja di Malaysia. Majikan, tolonglah patriotik sikit. Kalo Malaysia ini pincang ko dah tak leh wat business kat sini. Aku tau ada sesetengah pekerja tempatan memang tak tahan kerja 3D tapi there are many who want those jobs. Just you don't find them.
Paling utama sekali, pandangan masyarakat. Aku nih tak kisah nak kerja cashier tapi adik aku tak kasi. Sebab apa? Sebab takut kawan2 dia nampak. Tapi aku tak kisah. Lagi2 cashier dekat rumah. Sebab apa?
1. Kereta (atau motosikal - rumah aku xde moto) FREE
2. Rumah FREE
3. Duit boleh simpan banyak!!! (sebabnya banyak benda ko dah free. Kalo dapat RM900. At least, ko boleh simpan RM500 sebulan - RM200 belanja (takkn hbs belanja nih??? Kalo lebih bwk bulan depan.) - RM200 - bagi kat mak bapak.
Benda nih senang jer matematiknya. Tapi nak buat agak susah dan memerlukan usaha dan penahanan hati serta keinginan yang membuak. Hehehe...
Aku percaya dimana ada kemahuan disitu ada jalan~~~
Ulasan
Catat Ulasan