Kursus Pendek - Kolej Komuniti Sabak Bernam (Baking)
Ola~~~
Nampak tak sijil aku yang sangat cantik tue??? Sijil tersebut diperolehi disebabkan kehadiran ke Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam Kursus Kulinari Penghasilan Churros dan Hiasan Cupcakes.
Ada 2 sesi. First session, buat churros dan sos coklat. Group kami buat tak berapa jadi sebab menderhaka kepada resepi dan lambat goreng sebab tunggu giliran. Tapi masih boleh dimakan dengan sos coklat. Sangat sedap!!! Gambar takde sebab malas nak keluarkan hp ambik gambar.
Part two, yang aku paling suka iaitu masa sesi hiasan cupcakes sebab masa inilah korang boleh cuba buat fondan macam kat cerita Cake Boss tue. Selain fondan, korang akan belajar nak buat butter cream yang pakai piping bag dan buat ganache (sos coklat yang akan keras bila sejuk. Sesuai untuk makan dengan strawberry atau biskut...huhu).
Nih lar nak share contoh hiasan yang dibuat oleh aku dengan jayanya. Yeah!!! Hiasan paling pelik sekali aku punya, yang lain lain kawan sekumpulan aku punya. hehehe~~~
Weird but it taste goooddd~~~ |
Kehadiran kursus nih bukan sahaja release stress tapi menambah ilmu didada. Untung - untung manalah tau boleh digunakan untuk masa depan seperti hendak tambah pendapatan atau jamu untuk orang makan. Yummy!!!
Lagi satu, kenapa aku suka datang ke kolej komuniti nih?? Bayar sangat affordable untuk penganggur macam aku atau orang yang takda banyak duit tapi nak meningkatkan diri. Cuba teka berapa?
Jeng2x.... RM10...hanya RM10 untuk 2 sesi atau sesi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kalau kursus setengah hari kena bayar RM5 sahaja. Kalau kat luar jangan haraplah nak dapat kelas baking dengan harga macam tue. Comfirm RM100 keatas kalau nak ajar kelas hiasan cupcakes nie.
Lepas tue, kursus masakan nih korang tak perlu bawak apa - apa pun. Hanya bawak badan dan masa korang. Punyalah bagus kolej komuniti nie. Terima kasihlah kepada orang yang bagi cadangan buat kolej komuniti nih.
Seronok tapi kekadang...
Kursus di kolej komuniti nih sangat seronok tapi kekadang kalau korang bernasib malang korang akan encounter mak cik menyibuk yang suka tanya pasal korang. Senang cerita, dia suka jaga tepi kain korang. Lagi - lagi dalam kumpulan tue korang yang paling "kureng" sekali macam aku.
Dia akan cakap pasal, kenapa ko tak kerja? Kenapa ko tak kawin? Lepas tue suruh ko kawin aja macam kawin tue perkara paling senang dalam dunia. Paling epik, mak ko pon tak tanya macam tue atau tak kisah pon. Ada yang akak sekumpulan dengan aku dah 3 tahun tak kawin dan takda anak lagi dah kena tanya macam - macam kenapa tak beranak? Macam beranak nie main hembus jer terus dapat. Benda nihkan semua ketentuan Allah, kita sudah berusaha yang lain Tuhan yang tentukan. Kekadang nak tahu perkara yang sangat details pasal hidup korang biarpun ko tak kenal dia langsung. Okay, tak kenal langsung!!!
Tapi itulah hikmah atau kebaikkannya kat sini iaitu korang akan jumpa orang / manusia pelbagai latar belakang dan perangai. Kekadang ada juga ko jumpa orang yang tak bercakap dengan ko langsung tapi satu kumpulan dan perlu bekerjasama atau korang akan jumpa akak (selalunya akaklah atau budak yang muda tolong back up ko kalau terjumpa mak cik yang seperti yang dinyatakan diatas) ataupun orang outspoken.
Korang akan belajar bagaimana hendak menghadapi orang - orang yang macam nih dan melakukan eksperimen sebab korang dah takkan jumpa dah dengan mereka lagi. Bila ko dah ada pengalaman, korang dah tahu nak handle dengan orang yang macam nie terutama masa korang bekerja nanti atau manusia sekeliling korang (contoh jiran) biarpon korang tak suka perangai dia tapi ko kena deal with it but deal with it with the right attitude!!!
Kalau korang tanya aku macam mana aku handle benda nih atau permasalahan lain. Aku senang merendah diri (walaupun ko tak puashati) atau buat lawak jer (biarpon susah sebab darah muda nak mengamuk ajer...). Bapak aku pernah cakap,
"Wa, kalau ko jumpa orang - orang yang macam nie. Bila ko dah naik suara atau mengamuk, ko dah kalah. Sebab dia memang nak tengok ko mengamuk. Cara nak lawan senang jer, merendah diri. Dia akan malu sendiri. Atau buat lawak, supaya dia terasa dalam ketawa."
Disebabkan itu, ayat - ayat seperti ini akan keluar ; -
- "Takpalah mak cik, takda jodoh lagi." - mood merendah diri.
- "Jodoh saya putera raja. Dia belum turun dari istana macam mana nak jumpa?" - mood lawak
- "Siapalah nak saya nih? Dah tak lawa macam Nora Danish, muka comel." - mood merendah diri dan lawak.
- Atau paling epik yang mana aku pernah buat dan menyebabkan mak cik tue ketawa dalam paksa, "Anak mak cik ada yang kosong tak? Saya nak pinanglah. Hahaha." - mood lawak dan dah geram.
Senang cerita, at the end of the day, you are the hero/heroin of your stories and make the best of it.
Jangan marah - marah sangat sebab hidup ini terlampau seronok nak marah - marah. Lagipun, sekarang bahaya buat orang marah - marah nanti dia buat apa - apa kat kita. Kan dah menganiayai diri sendiri?
cara bayaran yuran dia macam mana ?
BalasPadam