Resepi Kek Butter Strawberi

Hi~~~

Hujung minggu lepas, aku ada pergi Cameroon Highland yang aku pernah pergi 10 tahun yang lalu. Bapak aku memang tak tahan sejuk tapi dia kesian tengok aku dah macam orang mengidam nak pergi sana. So, dia pon pergilah sekali tapi dia kasi warning...

"Ko drive pergi dan ko drive balik."

Disebabkan semangat yang berkobar - kobar nak pergi Cameron Highland, aku iyakan jer lah. Bapak aku ajaklah sekali abang ipar dia aka abang mak aku. Pak cik aku duduk Tapah dan selalu pegi Cameron Highland. Kiranya tempat makanan dialah. Semua selok -belok dia tahu nak pergi. 

Perjalanan dari Tapah menuju Cameron Highland dengan 2 kereta memang agak mencabar bagi seorang driver "newbie wannabe" disebabkan jalan bengkang - bengkok umpama ular kena palu (mak aku selalu tanya soalan peribahasa ni setiap kali lalu jalan bengkang - bengkok). Sebaiklah aku follow satu bas yang memang selalu drive pergi Cameron (Macamana aku tau? Setiap kali curve maut dia akan hon atau berhenti bila perlu). Pak cik aku? Dia dah willy potong bas dan dah sampai kat Tanah Rata awal - awal lagi. 

Masa tengah berhenti tue bolehlah usar2 tengok Orang Asli jual madu, tongkat Ali dan hasil tangan dari rotan. Memang kreatif. Tapi, tengok jerlah. Beli takde... 

Cuaca kat Cameron agak panas tapi udara dia... Masyaallah punyalah sejuk. Masa ambik wudu' solat Zohor boleh mengigil. Tapi seribu kali sayang, sungai dia punyalah kotor. Macam air teh ais pekat kat kedai mamak. Aku harap suatu hari nanti pihak berwajib boleh menghalang pembalakkan dan penerokaan tanah di Cameron Highland supaya sungai tersebut boleh bersih dengan sendirinya.

Disebabkan cuaca sangat sejuk mudahlahkan nak terkucil. Nak jadikan cerita. Bapak aku dah tak sabor nak terkucil jadinya masuk jer memana kedai yang available. Kereta aku serta pakcik aku pergi pusing kawasan nak cari parking kosong. Sebaik pergi hari Ahad. Mudahlah nak cari parking. 

So, bapak aku masuklah satu kedai dan terus pergi tandas kedai tue. Dah masuk, mesti kena makankan? So, bapak aku pon makan roti nan dengan kuah kari. Kitaorang pon masuk tanpa segan silu terus order air dan entah macamana takde selera nak makan biarpon dah tengahari. Mungkin baru sampai. Mood tak datang lagi. Hanya sepupu aku sorang yang order mee megi goreng. 

Dah gelak - gelak bagai sambil minum, bapak aku pon dah nak habis makan. Aku pon mula melihat sekeliling tengok banyak India dan foreigners yang makan kat kedai tue. Tengok2 signboard kedai tue dia tulis... 

"Traditional Indian Cuisine." 

Ha~~~ Kan dah terkena!!! 

Bapak aku pon cakap dengan slow... 

"Kenapa korang masuk kedai ini sekali? Aku nak tumpang  kenc*ng jer..." (Ayat * censored).

Cousin aku yang dah makan separuh mee megi goreng terus tak boleh nak habiskan. Patutlah, ada funny feeling bila masuk kedai tue. Hahaahaaa.  
Kitaorang cepat2 habiskan minuman, bayar dan keluar. 

Area kawasan tue rupanya ada food court Melayu yang menyajikan macam - macam makanan panas. Memang menyelerakan. Terus ada selera tetiba. Nasi kukus dengan ayam goreng panas2 memang selera terutama kat kawasan sejuk macam Tanah Rata, Cameron Highland. Aku yang tak berapa suka minum air panas, boleh pulak order air panas disebabkan sejuk. Foodcourt tu jual pisang goreng, keropok lekor besar - besar dan panas. Harga sama sahaja macam kat Tanah Rendah (area kitalah). Dia goreng sikit2 bila dah nak habis jual baru goreng lagi supaya sentiasa panas.  

Okay, habis cerita pasal makan. Sekarang cerita tempat aku lawat. Antara kawasan aku pergi adalah Strawbery farm, kedai bunga dan kedai makan.  

Kedai makan Abang Strawberry memang comel. Ada kedai makan, kedai cenderahati dan kebun strawberry di tempat yang sama. Masalahnya, bila aku mintak Western Food. Dia cakap dia tak jual sekarang. Yang ada hanya Malay food yang aku dah makan kat food court tadi. Sabo jerlah. Menu tulis memacam yang jual 5 atau 6 main dishes jer. (Cerita pasal makan lagi... Haishhh~~~)


Stawberry's Farm yang tak berapa banyak strawbery kat Kedai Abang Strawberi.

Aku tak taulah masa pergi ni mungkin bukan musim strawberry atau musim bunga, berbunga banyak. Sebabnya, masa aku pergi sepuluh tahun dulu punyalah banyak bunga cantik - cantik tepi jalan. Sekarang tak berapa banyak strawberry dan kedai bunga pun tak banyak pilihan. Mungkin aku salah pergi tempat kot...


Cute little cactus. Abaikan jari itu. 

Tapi, aku paling suka singgah Opah kafe yang terletak kat area2 kedai Abang Stawberry. So, cute!!! Dia jual cup cake stawberry RM1 (mana nak dapat kalau kat tempat aku), Stawberry coklat RM15, Aiskrim stawberry RM1, Acar strawberry RM10 dan macam2 lagi. Sangat seronok!!! Duduk bertenang dibawah rimbunan stawberry memang macam duduk kat luar negara pulak. Gambar takde pulak sebab aku sibuk mengunyap macam2 benda. Hahahaaha.

Masa balik kami turun ikut Ipoh. Pehhh... jalan punyalah cantik dan besar. Takdelah takut macam laluan dari Tapah. Sepanjang turun akan ada banyak kedai - kedai bunga. Tapi, ada satu kedai bunga yang ada ladang lavender yang sangat cantik. Kedai nie memang aku tak sempat pergi sebab kereta aku meluncur laju turun sebab jalan besarkan...Hehhee (Jangan ikut, hati - hati dijalanraya.) Aku cadangkan anda semua untuk melawat. Mesti seronok!!!

Cerita pasal resepi. Disebabkan stok stawberry yang sangat banyak. Aku pun apa lagi, buatlah Kek Butter Stawberry. Ini resepinya,

Kek Butter Strawberry


Bahan - bahan

  • 250 g  - Tepung gandum protein rendah / tepung gandum
  • 1 g - garam
  • 250 g - gula halus
  • 250 g - mentega
  • 5 biji - telur
  • 1 g - serbuk penaik 
  • 1 g - esen vanilla

Cara - cara

1) (Bahan A) Timbang tepung, serbuk penaik dan garam. Ayak bersama. 
2) (Bahan B) Pukul mentega, gula. Setelah kembang dan berwarna krim muda, masukkan esen vanilla. 
3) Masukkan telur satu per satu ke dalam bahan B dan pukul rata.
4) Masukkan campuran tepung (Bahan A) kedalam campuran bahan B secara sedikit - sedikit. Gaul sebati.
5) Masukkan acuan ke dalam papercup atau bekas acuan kek. (Pastikan adunan yang dimasukkan separuh dari bekas kek supaya tidak melimpah apabila dah masak)  
6) Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. (Bergantung kepada oven anda).


IDEA DALAM SELIMUT

Resepi kek diatas adalah resepi kek butter basic. Bila terasa kreatif, boleh lar letak sprinkles sebanyak 3 sudu besar atas kek atau lain - lain seperti badam. Dalam kes ni, aku letak 3 biji strawberry yang dipotong dadu dan 2 sudu besar chocolate sprinkles diatas adunan... Yummy!!!

Kek Butter Strawberry sebelum dibakar. Yang dah bakar dah habis sebelum sempat sejuk, dipotong dan diambil gambar. He~~~


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular