Resepi Carrot Cake - Laporan Cubaan

       Carrot Cake bukanlah resepi kek kegemaran aku sebab dia sayur tetapi sebagai baker "celop." I'm trying my best to be a versatile baker.

        Rasa nak makan kek karot terjadi selepas makan kek karot sempena my father birthday yang dibeli oleh kakak. Kata nyer rasa exactly macam kat Secret Recipe. Lagi satu, nak support business Melayu, kawan kakak aku.

          Aku tak pernah rasa. So, aku percayalah... Bila makan aku rasa punyalah sedap (tak tau sama or better dari Secret Recipe). Tapi kalau nak tau sedap ker idak sesuatu kek, aku suka tengok reaksi bapak aku. Sebab dia tak suka kek. Hanya kek terpilih jer yang direpeat makan bukan repeat order (selalu nyer aku yg repeat order, bapak aku repeat bayor).

          By experience, bila newbie macam kita2 (kalau anda pro. It's okay). Perlu ada ketenangan bila nak wat kek. Cari masa yang sesuai macam orang semua tido, xde kat rumah sbb g kenduri dan lain2. Kadang2 kek nih xjadi sebab kita stress sangat yang menyebabkan kita kelam-kabut lalu tersalah letak bahan atau terlupa.

            So, resepi ini diambil dari blog Eny Abdullah. Kek yang dibuat sangat menjadi dan dia pakai sukatan guna cawan.



RESEPI CARROT CAKE BY ENY ABBDULLAH
(Acuan 4 segi bersaiz 8x8 inci atau 9 x 9 inci)

Bahan A (diayak bersama)

1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (guna 1 camca sebab overpowering rasa).
Bahan B
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor
Bahan C
1 1/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnut digoreng atau dipanggang - cincang kasar (guna 1/2 cawan sbb bapak ada gout)
1/2 cawan kismis – cincang kasar (xguna sebab xsuka kismis)
Cara :
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak.


          Kalau nak lagi sedap letak topping frosting cream cheese. Dia punya rasa pehhhh~~~ Benda nih lar yang menambahkan rasa kesedapan kek dan kalori berat badan anda. So, nak buat boleh tak nak buat boleh tapi I kasi resepi...


RESEPI FROSTING CREAM CHEESE

Bahan - bahan :

70 g mentega tanpa garam – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
125 g cream cheese – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
1 sudu kecil pes lemon sunquick / jus lemon – jika nak sedikit masam


Cara :
1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, gula aising dan jus lemon.
3. Pukul lagi sehingga rata. Siap dan bolehla disapu di atas kek yang telah sejuk.

        

          Ini adalah hasil kek yang sudah dibakar berdasarkan resepi kek diatas. Rasa sangat sedap dan lembut. Bagi yang tak suka rasa serbuk kayu manis. Boleh kurangkan sikit sukatannya tapi jangan tak letak langsung nnti takde rasa.


Saya sudah mencuba, anda bila lagi?


SELAMAT MENCUBA!!! 













Ulasan

Catatan Popular