Azam dan Dilema 2016


Mencari di Mr. Google

Azam Tahun 2016



Walaupun dah nak dekat 2 bulan kita berada dalam tahun 2016, masih banyak lagi Mr. Azam yang tahun lepas aku masih tak dapat ditunaikan seperti menguruskan badan. Ia umpama suatu perkara yang sukar nak dibuat terutama orang obese macam aku...huhuhu


So, this is my new 2016 and former 2015 Mr.Azam :-



1. Kuruskan badan (at least -10kg). Korang boleh anggarkan berat aku berapa. Sapa betul aku kasi hadiah...hehehe

2. Belajar mengait untuk baby or adult hairband or booties. Aku selalu tengok citer omputih dorang kait neck warmer pakai benang bulu kambing macam2 warna. Rasa nak try lar buat. Hendak meningkatkan kreativiti katanya.

3. Mencuba baking cake or cookies. Sudah dibuat dan sedang dibuat. Dah cuba buat blondies, brownies, chocolate cookies, danish cookies dan carrot cake (yang nih jer sempat ambik gambar). Rupanya mudah sahaja. Cuma kekadang oven yang berbeza menyebabkan suhu yang dinyatakan berbeza dengan aplikasi menyebabkan komplikasi cake or cookies hangit dan tak sedap serta bantat....huhuhu

4. Kerja Oh Kerja. Cuba mencari kerja kat area kawasan perumahan. Gaji rendah pon xpe sbb rumah free, kereta free, siap ada driver lagi. Camne tue? Disebabkan ada kemudahan tersebut. Insyaallah dapatlah simpan duit walaupun sedikit. Yang penting simpan dari gaji besar tapi tak simpan. Camne tue? Atau kerja sendiri dengan menjual kemahiran seperti menjual barang handmade seperti baby booties, baby hat or hairband. Ataupun jual cupcake yang comel (cita2 tinggi...huhu).

5. Being a nice and thoughtful blogger. Tujuan nak buat blog sebenarnya nak menulis tetapi tak tau nak tulis kat mane. Bila baca blog orang macam seronok. So, sebab tue produce blog sendiri biarpon sebenarnya syok sendiri.... Lalala~~~ 


Tapi, aku harap juga bila orang baca blog aku, pengalaman pendek aku. They thought of something and they can use it or they should not do it. Ia sebagai reminder untuk dorang supaya tak buat cam aku. He~~~

6. Menghadiri lebih banyak kursus pendek. Kursus pendek bagi aku adalah stress release sebab korang boleh belajar pelbagai kemahiran dalam jangka masa pendek. Aku selalu pergi kat Kolej Komuniti sebab murah dan dibuat pada hari Sabtu dan kekadang Ahad. 


Sangat seronok!!! Boleh belajar menjahit, belajar baking, hias kek macam rancangan Cake Boss, belajar kemahiran komuter, kemahiran rawatan kecemasan CPR (nih xbelajar lagi sebab nak tunggu kursus nih keluar dalam jadual). Kalau korang nak apply kursus pendek boleh telefon kolej komuniti yang berdekatan atau boleh pergi this link Senarai kursus pendek mengikut kolej komuniti.

7. Melancong seorang diri atau dengan kawan. Jauh perjalanan, luas pemandangan tetapi harus diingat, jangan sampai tergadai. Sekarang ramai orang suka berjalan2 terutama ke luar negara (selalunya Indon lar sbb murah). Kan Everyone Can Fly??? Tetapi sanggup ker selepas balik holiday hutang berjela - jela keluar akibat nak pergi holiday atau selepas shopping kat tempat holiday, bil card credit sampai??? Terus STRESS balik!!!


Aku rasa nak pergi holiday boleh. Pergilah holiday di tempat "ukur baju dibadan sendiri." Kalau layak pergi daerah sebelah rumah jer untuk bercuti (macam aku), pergilah ke situ. Jangan nak seronok jer...lepas tue sedih nak bayar hutang.


Kesimpulannya, kumpul duit dari sekarang!!! Cita2 aku tak tinggi cuma nak pergi Sabah jer... Walaupun, sebenarnya dah pergi masa U dulu tapi nak pergi lagi sebab tak tengok kawasan kebudayaan di Sabah. Tapi bila dah kumpul duit, sayang pulak nak spending. Endingnya, kumpul duit lagi nak beli benda lain atau pergi ke tempat yang lebih jauh tapi ditangguhkan sebab tengok dividen kat Tabung Haji tinggi. (Tak tau lar bila hajat aku nak pergi melancong nih terjadi...huhuhu).



8. Writing a novel. Benda nih aku dah wat time sekolah lagi tapi selalu tulis cerita tak sampai habis sebab hilang inspirasi dipertengahan jalan. So, aku start cerita lain tapi still berhenti separuh jalan. So, dengan adanya blog nih aku harap aku boleh publish novel or lebih senang cerita pendek aku kat sini walaupun takde orang nak baca....kekekekee.




Itulah hasrat aku selama ini yang aku tak pasti bole buat ker idok. Terutama yang nombor satu. Hahahaha...

Always struggle to lose a weight. 

Aku harap whatever harapan korang, you guys will accomplish it within a year or more~~~




Ulasan

Catatan Popular