Kisah Si Pengganggur yang tanam Tomato

Ihsan Google Picture
Tahun 2016, sudah setahun setengah berlalu dari Majlis Konvokesyen aku yang gilang - gemilang, aku seperti biasa masih lagi mengganggur. Kadang - kadang stress juga pasal tak dapat keje. Lagi - lagi kerja yang aku minat seperti bahagian pentadbiran. 

Majikan semua tulis nak pengalaman. Nak kerja kat pasaraya pun nak pengalaman. Padahal, pasaraya jer kot. Ajar jer lar. Bukan susah admin pasaraya (aku agaklah). Kalau hang tak ajar camne nak ada pengalaman. Poning aku~~~

Perkara yang negatif pasal pengangguran memanglah banyak dan aku ada banyak pengalaman tersebut seperti :-






Itu antara HIGHLIGHT pasal negatifnya pengangguran jika berlaku kat korang. Aku dah merasa. Jadi korang yang nak graduate cari kerja cepat - cepat. Dan yang bernasib baik seperti aku, aku cakap teruskanlah usaha. Aku tau korang pon macam aku. Berusaha cari kerja yang sesuai dengan kelulusan ko tapi kerja tue tak berkenan dengan korang. Jadi, nak cakap apa?

Tapi ada jugak benda positif pasal pengangguran jika berlaku atau sudah berlaku kat korang tapi korang tak sedar - sedar. So, next entry aku akan cuba sedarkan korang... HUWARGAAAHHH~~~ (gelak cam qu puteh)



" Idea dalam selimut "

Bagi yang pandai buat baking, menjahit dan benda2 lain yang korang boleh buat sendiri untuk menjana pendapatan. Korang patut buat. Buat business kecil2 bukan besar2 nak pakai instagram and fb and twitters promote bagai. Bukan sebab apa. Kalau dah seorang, sapa nak dok jaga fb/insta/twitters business korang. Lepas tue siapa nak siapkan tempahan? Korang jugakkan?

So, bagi memudahkan dan menyenangkan korang. Aku cadangkan cari pelanggan sekeliling (makcik/pakcik korang @ jiran tetangga) sebab mudah nak hantar dan cash on delivery.  

Buat ia sebagai satu kerjaya (macam kerja kat office, ada timetable dan aims). Bila dah berjaya, barulah pergi fb/insta/twitters and upah orang untuk manage account or making your product. 

Please guys, kalau dah berjaya. Kualiti kena jaga. Jangan nanti bila orang nak tempah. Busy lar, tak sempat lar, whatever alasanlah (dah kena). Orang nak kasi duit, boleh pulak memacam. Da~~~


Ulasan

Catatan Popular